Rabu, 1 Februari 2017

Ciri-ciri bilik darjah masa hadapan












Ciri-ciri bilik darjah masa hadapan

   Pada pendapat saya tentang ciri-ciri bilik darjah masa hadapan adalah dimana menggunakan alat elektronik yang canggih dan murid hanya menggunakan jari untuk menekan papan kekunci yang direka khas bagi memudahkan murid belajar dengan mudah. Selain itu, bilik darjah ini juga mempunyai rekaan dalaman yang membolehkan murid seolah-olah berada dia dalam situasi pembelajaran yang sebenar. Bilik darjah ini juga mempunyai hiasan dalaman yang mengikut tema pembelajaran dan guru hanya menekan suis yang disediakan untuk menukar tema pembelajaran. Peralatan yang guru gunakan di dalam bilik darjah juga tidak ketinggalan mempunyai rekaan yang khusus dimana mempunyai komputer yang hanya menggunakan suara untuk memberikan arahan untuk mengeluarkan tajuk pembelajaran kepada murid.Oleh itu, melalui ciri-ciri bilik darjah ini dapat membantu merangsang otak murid serta perisian setiap aktiviti di dalam kelas boleh menarik perhatian murid untuk belajar serta mengikut perkembangan pembelajaran murid di dalam kelas. Selain daripada itu, bilik darjah ini juga menyediakan sudut pembelajaran mengikut tunjang kurikulum yang hanya menggunakan alatan canggih iaitu murid boleh menyentuh secara lebih dekat dengan paparan enam dimensi. Dengan rekaan seperti berada di dalam suasana yang sebenar dapat membantu perkembangan murid dalam meneroka alam sekeliling hanya melalui alam maya yang direka khas untuk memberi pendedahan awal pembelajaran secara nyata. Justeru itu, bilik darjah ini juga mempunyai ruang pengudaraan yang selesa bagi murid serta menggunakan udara yang semula jadi tanpa menggunakan penyaman udara. Pencahayaan yang cukup dalam bilik darjah juga dititik beratkan untuk mengelakkan murid berasa mengantuk serta bosan di dalam bilik darjah. Ciri bilik darjah ini juga menyediakan alat penggera yang hanya beroperasi seacara automatik dimana guru serta pembantu tidak perlu menekan suis penggera dan terletak di ruang belajar murid serta di ruang makan dan dapur dipasang untuk mengesan kebakaran,lintar pintas, serta bencana alam secara terlebih awal. Rekaan peralatan di dalam bilik darjah tersebut seperti kerusi yang empuk direka khas untuk murid mengikut keselesaan murid dalam bilik darjah. Manakala meja automatik boleh bergerak serta diperbuat daripada alatan yang tidak mudah pecah,tahan lama serta direka khas untuk murid di dalam bilik darjah. Oleh itu, ciri-ciri bilik darjah pada masa akan datang bergantung kepada kemampuan untuk menaik taraf sesebuah bilik darjah.

Sekian terima kasih.

Lima kelebihan menggunakan komputer


BIODATA SAYA

Nama : Siza Dolius
Bidang: Pendidikan Awal Kanak-kanak
No. Matrik : EC1412062
Cita-cita : Guru


Image result for komputer




Pendahuluan

  komputer merupakan alat elektronik yang digunakan pada masa kini untuk menyimpan maklumat dan sangat mudah untuk digunakan.Seperti yang kita tahu media elektronik ini juga sangat penting digunakan dalam mengakses maklumat dengan lebih mudah melaui saluran internet.Selain daripada itu, komputer ini juga digunakan untuk menghantar menghantar maklumat seperti melalui emel.Komputer ini juga merupakan mesin yang direka khas sesuai dengan perkembangan pada masa kini.Selain daripada itu, komputer ini juga boleh membaca dan menerima arahan. Komputer ini juga merupakan mesin automatik yang boleh memprogramkan seseuatu maklumat. Malahan, seperti yang kita tahu komputer ini boleh menerima data dan mengolah data. Mesin elektronik ini juga boleh menerima arahan manusia dan kemudiannya memproses maklumat serta menyimpan semua maklumat untuk kegunaan di masa akan datang. Akhir sekali, komputer ini berfungsi sebagai alat untuk memproses data menjadi maklumat.


Kelebihan menggunakan komputer
  Kelebihan menggunakan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah dapat mewujudkan aktiviti pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Pada masa   kini pelbagai cara seorang guru untuk menarik perhatian pelajar untuk belajar di dalam suasana yang selesa dan serta menarik. Sebelum itu, guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang berkaitan dengan tahap perkembangan setiap pelajar. Contohnya, aktiviti memadankan jenis-jenis buah dengan menggunakan komputer. Melalui penggunaan komputer ini, memudahkan bagi para pelajar untuk belajar dengan lebih mudah serta cepat memahami isi kandungan pembelajaran yang disediakan oleh guru. Seperti yang kita tahu, pelajar ini lebih cepat belajar perkara yang baru dalam dunia mereka. Oleh itu, dengan pendedahan sedikit melalui penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas akan memudahkan kepada guru untuk menarik perhatian pelajar untuk belajar dengan lebih seronok.
  Kelebihan kedua tentang penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah dapat menjimatkan masa sesi pembelajaran dan pengajaran guru di dalam kelas. Contohnya, guru tersebut ingin membuat penilaian kepada setiap murid di dalam kelas dan menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan murid semasa membuat penilaian kepada murid. Selain daripada itu, guru dapat mencari maklumat menggunakan komputer dengan menyambung kepada rangkaian internert untuk melihat panduan tentang isi kandungan pembelajaran murid di sekolah mengikut perkembangan. Pada masa yang lalu, penggunaan komputer hanya di sekolah dan kegunaan di pejabat sahaja. Oleh yang demikian, pada masa kini penggunaan komputer adalah sangat penting terutama bukan sahaja warga pendidik namun masyarakat sekeliling untuk mengakses maklumat di laman sesawang.
  Seterusnya, kelebihan penggunaan komputer ini adalah dapat membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar di sekolah. Guru juga berperanan dalam membantu pelajar dalam bidang akademik terutama dalam penggunaan komputer di sekolah. Dengan bantuan guru, murid dapat belajar mengakses internert untuk mencari bahan rujukan pembelajaran sambil diawasi oleh guru tersebut. Sejak bermulanya penggunaan komputer dalam pendidikan, ianya dapat membantu pelajar untuk menimbah ilmu pengetahuan melalui membuat rujukan di internet dengan menggunakan komputer. Contohnya, membuat rujukan di internet tentang mata pelajaran yang tidak difahami. Sekiranya perkara ini berlaku sudah tentu anak- anak muda khususnya generasi baru dapat mempelajari sesuatu daripada penggunaan     alat elektronik ini dan menggunakan peluang yang diberi oleh guru dengan sebaik-baiknya.
  Kelebihan yang keempat tentang kelebihan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar untuk menggunakan komputer. Seperti yang kita tahu, pelajar pada masa kini perlu didedahkan dengan serbah sedikit tentang penggunaan komputer dalam pembelajaran di dalam kelas. Namun, guru hendaklah menentukan masa untuk para pelajar untuk menggunakan bilik komputer. Selain murid sekolah rendah,menengah, pelajar universiti dan kolej juga sangat memerlukan komputer untuk membuat rujukan serta digunakan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Penggunaan alat elektronik ini sangat membantu masyarakat pada masa kini untuk mendapatkan informasi luar dan belajar jarak jauh bagi pelajar universiti ataupun institusi pendidikan yang lain yang menawarkan pembelajaran jarak jarak jauh.
  Akhir sekali, kelebihan penggunaan komputer ini adalah memuatkan perisian yang boleh membantu pelajar yang masih belum boleh belajar dengan baik. Penggunaan komputer ini sedikit akan membantu pelajar dalam mengembangkan ilmu pengetahuan. Oleh itu, melalui perisian yang terdapat dalam komputer dapat membantu guru untuk mendapatkan bahan rujukan serta bahan bantu mengajar bagi pelajar di sekolah.

   Kesimpulannya, oleh yang demikian setiap kelebihan menggunakan komputer dalam sistem pengajaran dan pembelajaran ini dapat membantu murid,guru dan ibu bapa dalam meningkatkan kemahiran murid  serta dapat memberi maklumat secara terus melalui internet dengan menggunakan komputer bagi ibu bapa dan kepada guru juga memudahkan untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan tersusun serta berkesan dalam meningkatkan kemahiran kepada murid di dalam kelas. Harapan saya pada masa akan datang adalah penggunaan komputer ini dapat memuatkan bahan pengajaran dan pembelajaran secara tersusun serta sistematik serta rekaan komputer tersebut diubahsuai untuk mengelakkan rabun mata kepada pengguna komputer tersebut.