My Stories
Ahad, 6 Mei 2018
Rabu, 1 Februari 2017
Ciri-ciri bilik darjah masa hadapan
Ciri-ciri bilik darjah masa hadapan
Pada pendapat saya tentang
ciri-ciri bilik darjah masa hadapan adalah dimana menggunakan alat elektronik
yang canggih dan murid hanya menggunakan jari untuk menekan papan kekunci yang
direka khas bagi memudahkan murid belajar dengan mudah. Selain itu, bilik
darjah ini juga mempunyai rekaan dalaman yang membolehkan murid seolah-olah
berada dia dalam situasi pembelajaran yang sebenar. Bilik darjah ini juga
mempunyai hiasan dalaman yang mengikut tema pembelajaran dan guru hanya menekan
suis yang disediakan untuk menukar tema pembelajaran. Peralatan yang guru
gunakan di dalam bilik darjah juga tidak ketinggalan mempunyai rekaan yang
khusus dimana mempunyai komputer yang hanya menggunakan suara untuk memberikan
arahan untuk mengeluarkan tajuk pembelajaran kepada murid.Oleh itu, melalui
ciri-ciri bilik darjah ini dapat membantu merangsang otak murid serta perisian
setiap aktiviti di dalam kelas boleh menarik perhatian murid untuk belajar
serta mengikut perkembangan pembelajaran murid di dalam kelas. Selain daripada
itu, bilik darjah ini juga menyediakan sudut pembelajaran mengikut tunjang
kurikulum yang hanya menggunakan alatan canggih iaitu murid boleh menyentuh
secara lebih dekat dengan paparan enam dimensi. Dengan rekaan seperti berada di
dalam suasana yang sebenar dapat membantu perkembangan murid dalam meneroka
alam sekeliling hanya melalui alam maya yang direka khas untuk memberi
pendedahan awal pembelajaran secara nyata. Justeru itu, bilik darjah ini juga
mempunyai ruang pengudaraan yang selesa bagi murid serta menggunakan udara yang
semula jadi tanpa menggunakan penyaman udara. Pencahayaan yang cukup dalam
bilik darjah juga dititik beratkan untuk mengelakkan murid berasa mengantuk
serta bosan di dalam bilik darjah. Ciri bilik darjah ini juga menyediakan alat
penggera yang hanya beroperasi seacara automatik dimana guru serta pembantu
tidak perlu menekan suis penggera dan terletak di ruang belajar murid serta di
ruang makan dan dapur dipasang untuk mengesan kebakaran,lintar pintas, serta
bencana alam secara terlebih awal. Rekaan peralatan di dalam bilik darjah
tersebut seperti kerusi yang empuk direka khas untuk murid mengikut keselesaan
murid dalam bilik darjah. Manakala meja automatik boleh bergerak serta
diperbuat daripada alatan yang tidak mudah pecah,tahan lama serta direka khas
untuk murid di dalam bilik darjah. Oleh itu, ciri-ciri bilik darjah pada masa akan datang bergantung kepada kemampuan untuk menaik taraf sesebuah bilik darjah.
Sekian terima kasih.
Sekian terima kasih.
Lima kelebihan menggunakan komputer
BIODATA SAYA
Nama : Siza Dolius
Bidang: Pendidikan Awal Kanak-kanak
No. Matrik : EC1412062
Cita-cita : Guru
Pendahuluan
komputer merupakan alat
elektronik yang digunakan pada masa kini untuk menyimpan maklumat dan sangat
mudah untuk digunakan.Seperti yang kita tahu media elektronik ini juga sangat
penting digunakan dalam mengakses maklumat dengan lebih mudah melaui saluran
internet.Selain daripada itu, komputer ini juga digunakan untuk menghantar
menghantar maklumat seperti melalui emel.Komputer ini juga merupakan mesin yang
direka khas sesuai dengan perkembangan pada masa kini.Selain daripada itu,
komputer ini juga boleh membaca dan menerima arahan. Komputer ini juga
merupakan mesin automatik yang boleh memprogramkan seseuatu maklumat. Malahan,
seperti yang kita tahu komputer ini boleh menerima data dan mengolah data.
Mesin elektronik ini juga boleh menerima arahan manusia dan kemudiannya
memproses maklumat serta menyimpan semua maklumat untuk kegunaan di masa akan
datang. Akhir sekali, komputer ini berfungsi sebagai alat untuk memproses data
menjadi maklumat.
Kelebihan menggunakan komputer
Kelebihan menggunakan
komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah dapat mewujudkan aktiviti
pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Pada masa kini pelbagai cara seorang guru untuk
menarik perhatian pelajar untuk belajar di dalam suasana yang selesa dan serta
menarik. Sebelum itu, guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang
berkaitan dengan tahap perkembangan setiap pelajar. Contohnya, aktiviti
memadankan jenis-jenis buah dengan menggunakan komputer. Melalui penggunaan
komputer ini, memudahkan bagi para pelajar untuk belajar dengan lebih mudah
serta cepat memahami isi kandungan pembelajaran yang disediakan oleh guru.
Seperti yang kita tahu, pelajar ini lebih cepat belajar perkara yang baru dalam
dunia mereka. Oleh itu, dengan pendedahan sedikit melalui penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas akan memudahkan kepada guru untuk
menarik perhatian pelajar untuk belajar dengan lebih seronok.
Kelebihan kedua tentang
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah dapat menjimatkan
masa sesi pembelajaran dan pengajaran guru di dalam kelas. Contohnya, guru
tersebut ingin membuat penilaian kepada setiap murid di dalam kelas dan
menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan murid semasa membuat penilaian
kepada murid. Selain daripada itu, guru dapat mencari maklumat menggunakan
komputer dengan menyambung kepada rangkaian internert untuk melihat panduan
tentang isi kandungan pembelajaran murid di sekolah mengikut perkembangan. Pada
masa yang lalu, penggunaan komputer hanya di sekolah dan kegunaan di pejabat
sahaja. Oleh yang demikian, pada masa kini penggunaan komputer adalah sangat
penting terutama bukan sahaja warga pendidik namun masyarakat sekeliling untuk
mengakses maklumat di laman sesawang.
Seterusnya, kelebihan
penggunaan komputer ini adalah dapat membantu meningkatkan prestasi akademik
pelajar di sekolah. Guru juga berperanan dalam membantu pelajar dalam bidang
akademik terutama dalam penggunaan komputer di sekolah. Dengan bantuan guru,
murid dapat belajar mengakses internert untuk mencari bahan rujukan
pembelajaran sambil diawasi oleh guru tersebut. Sejak bermulanya penggunaan
komputer dalam pendidikan, ianya dapat membantu pelajar untuk menimbah ilmu
pengetahuan melalui membuat rujukan di internet dengan menggunakan komputer.
Contohnya, membuat rujukan di internet tentang mata pelajaran yang tidak
difahami. Sekiranya perkara ini berlaku sudah tentu anak- anak muda khususnya
generasi baru dapat mempelajari sesuatu daripada penggunaan alat elektronik ini dan menggunakan
peluang yang diberi oleh guru dengan sebaik-baiknya.
Kelebihan yang keempat
tentang kelebihan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar untuk menggunakan komputer.
Seperti yang kita tahu, pelajar pada masa kini perlu didedahkan dengan serbah
sedikit tentang penggunaan komputer dalam pembelajaran di dalam kelas. Namun,
guru hendaklah menentukan masa untuk para pelajar untuk menggunakan bilik
komputer. Selain murid sekolah rendah,menengah, pelajar universiti dan kolej
juga sangat memerlukan komputer untuk membuat rujukan serta digunakan untuk
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Penggunaan alat elektronik
ini sangat membantu masyarakat pada masa kini untuk mendapatkan informasi luar
dan belajar jarak jauh bagi pelajar universiti ataupun institusi pendidikan
yang lain yang menawarkan pembelajaran jarak jarak jauh.
Akhir sekali, kelebihan
penggunaan komputer ini adalah memuatkan perisian yang boleh membantu pelajar
yang masih belum boleh belajar dengan baik. Penggunaan komputer ini sedikit
akan membantu pelajar dalam mengembangkan ilmu pengetahuan. Oleh itu, melalui
perisian yang terdapat dalam komputer dapat membantu guru untuk mendapatkan
bahan rujukan serta bahan bantu mengajar bagi pelajar di sekolah.
Kesimpulannya, oleh yang
demikian setiap kelebihan menggunakan komputer dalam sistem pengajaran dan
pembelajaran ini dapat membantu murid,guru dan ibu bapa dalam meningkatkan
kemahiran murid serta dapat memberi
maklumat secara terus melalui internet dengan menggunakan komputer bagi ibu
bapa dan kepada guru juga memudahkan untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan
tersusun serta berkesan dalam meningkatkan kemahiran kepada murid di dalam
kelas. Harapan saya pada masa akan datang adalah penggunaan komputer ini dapat
memuatkan bahan pengajaran dan pembelajaran secara tersusun serta sistematik
serta rekaan komputer tersebut diubahsuai untuk mengelakkan rabun mata kepada
pengguna komputer tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)